Pengalaman ini berlaku sendiri pada diri saya sendiri. Semuanya bermula daripada satu kemalangan kecil yang berlaku Ogos tahun lalu. Kereta Toyota Altis kesayangan saya dilanggar oleh sebuah motorsikal yang ditunggang oleh dua orag remaja rempit (pun yang tak guna).
Dah tahu kan kalau nak memotong, gunakanlah laluan sebelah kanan! Barulah pemandu kereta nampak kau tuh. Lagi pun, kan si pemandu dah bagi isyarat. Kau tak nampak ker? Atau kau memang nak kena lanyak?
Akibatnya, kedua-dua remaja itu terjatuh dan motorsikal mereka pula terperosok ke bawah kereta. Habis jahanam kereta aku tu.
Budak-budak berdua itu luka di badan dan tangan. Mujurlah tiada yang serius. Seorang pakcik menawar diri untuk membawa mereka ke hospital manakala isteri saya terus ke balai polis untuk membuat laporan polis. Di pendekkan cerita, kedua-dua budak tersebut tak mahu panjang kes, mahu settle begitu sahaja - status quo orang putih kata.
Apa kes adik nih, bukan kau ke yang hentam kereta aku? Patut akulah yang decide nak settle camner kan?!! Sebab saya tengok kereta saya kemek sedikit jer berbanding motorsikal budak tuh yang dah separuh remuk, maka saya pun setuju. Nah, inilah salah abang ni.
Ingatkan kisah ini habis kat situ saja, rupanya tidak. Nak jadi cerita, budak rempit yang tak guna tuh bukanlah tuan empunya motor. Dia hanya meminjam sahaja, bukan orang tempatan pun, budak Felda Lepar. Patut senang sangat nak mintak settle. Nak lari rupanya. Jadi tanpa pengetahuan saya tuan empunya motor telah buat third party claim ke atas insurans kereta saya tu.
Yang ralatnya, Etiqa telah meluluskan claim tersebut tanpa merujuk kepada saya terlebih dahulu. Itupun saya tahu apabila nak renew insurans Altis. Terkejut badak saya bila dimaklumkan bahawa NCD saya ialah 0% kerana ada third party claim - pada 6 Ogos 2009!! Mak aii Etiqa, dah dekat setahun pun third party claim tuh, pun kau takde hati nak maklumkan aku!!
Macam mana nih? Saya rasa sesuatu yang tak kena dengan SOP tuntutan ganti rugi third party Etiqa nih. Yelah, kita yang bayar premium insurans. Takkanlah, bila ada tuntutann kau terus bayar jer. Tak rujuk dulu pada aku?!
Memang Etiqa nih tak guna. Saya syak dia nak elak saya buat claim untuk baiki kerosakan Altis saya. Tapi bila ditanya, macam-macam helah dan jawapan. Peraturan bank negara lah, kalau masuk mahkamah tetap akan diarah bayar lah, dan berjenis-jenis lagi jawapan. Geram betul aku ni!
Nasi dah jadi bubur. NCD saya dah pun kena reset. Jadi, saya berkeras untuk claim kerosakan Altis saya itu dengan Etiqa jugak. Itu hampir dua minggu lepas. Tapi sampai sekarang, tiada khabar berita. Pegawai Etiqa yang saya hubungi asyik mengelak. Bayangkan kalau dah 20 kali sehari telefon, asyik tiada di meja, apa kes kan?!!
Huh, don't expect me to believe, ever!!
Kesimpulan, JANGAN AMBIL INSURANCE DENGAN ETIQA LAGI.
Bagi saya syarikat insurans sepatutnya meletakkan pelanggan dihadapan. Kepentingan pelanggan harus diutamakan. Memang itupun tujuan asal kita ambil perlindungan insurans diri dan harta benda. Untuk melindungi kita daripada kemalangan dan petaka. Tapi selepas pengalaman ini, apa yang pasti, Etiqa tiada semua itu. Saya dah menjadi pengguna yang teraniya dan tidak terbela.
Sekarang, sebagai tanda protes, saya akan batalkan semua polisi insurans keluarga saya dengan Etiqa dan akan bertukar kepada syarikat insurans yang lebih baik. Insurans yang meletakkan kepentingan pelanggan dihadapan. CUSTOMER FIRST!!
11 comments
bangangnye!!! sape tak saket hati weh!! boikot etiqa!
June 8, 2010 at 4:53 PMSadis betul cite ni.
June 8, 2010 at 10:11 PMSkrg amik insuran mana plak?
Nadia: Memamg pon, geram btol, sedih pon ada...
June 9, 2010 at 12:29 AMEryza: belum lagi decide, tp setakat ini, Great Eastern dah bagi service yang bagus untuk insurance anak2 saya. Tp saya masih lagi mempertimbangkan kemungkinan yg lain.
Sebenarnya perlu ke kita amik insurans ni?
June 9, 2010 at 12:35 AMMentaliti sy maseh lemah ttg hal ehwal insurans.
Abang din mu yang menyayangi mu pun sangat geram bila baca cerita ni...mmm geram. Dengan ini, aku berjanji utk tidak sekali-kali ambil insuran Etiqa utk apa2 insuran sekali pun!!!
June 9, 2010 at 10:18 AMAbang din cadangkan kita panjangkan perkara ni... make sure letak dalam heading blog, publicise dalam facebook...dan kalu nak, hantar je ke surat dari pembaca kat Berita Harian, Star, Utusan, Hrakan, Suara Keadilan (kalau betul la Keadilan tu ada suara....)!!!
Apa kata adinda?
Sori, salah taip, Harakah, bukan Hrakan... (marah sangat, sampai salah taip :)
June 9, 2010 at 10:19 AMhahaha kelako abg din. harakah layan ke cite gini. kan cite politik je ade dlm tu? eh kantoi bace. hahaa
June 9, 2010 at 10:48 AMI am being sarcastic towards Harakah and Suara Keadilan...too much politicking!
June 9, 2010 at 12:31 PMDoctor: hahaha... mmg etiqa nih tak pedulikan hak kebajikan kita... dia nak duit kita jer.
June 9, 2010 at 4:02 PMGeram btol. saya plan nak komplen kat website dia nanti... especially pasal officer yg asyik melarikan diri tuh, encik awak nih dibayar utk dengar keluhan pelanggan, bukan utk melarikan diri dari mja awak...tp blom ada masa yg sesuai.
Mari kita boikot etiqa.
Doctor: harakah tuh org2 yg tak sihat otak jer yg baca... tgk aje quality article dia, sedih betul... baik lagi editor mangga, hahahah
June 10, 2010 at 10:55 AMmmg skt hati bila baca...apatah lg org yg alami...banyak brsabar aiju n intan... kita boikot etiqa...maklum pd rakan2 semua...geng2 cikgu sek....kalo ada etiqa promote kat sek...terus HENTAMMMMMM.....mengong!
June 10, 2010 at 11:10 PMPost a Comment