Nasi jadi bubur... nasib lah adik ipar, hehehe

Wednesday, December 15, 2010

Rasa kesian bercampur rasa nak tergelak kuat-kuat bila terdengar al-kisah sebuah syarikat kapal yang dah nak karam.

Hai nasiblah..

Bila ingat-ingat balik kisah syarikat ni masa zaman tengah gagah dulu, nak jer aku jerit PADAN MUKA kat si tokey kapal tu yang memang berlagak dan tak pandai nak kenang budi pada orang sekeliling yang pernah berjasa.

Hai nasiblah...

Pernah dulu ada pekerja-pekerja yang bagus tapi tak dijaga dan dibela, dikutuknya lagi ada.  Sekarang pagar-pagar yang setia menjaga tanaman diladang pun dah roboh dek kerana tak pandainya si tokey menjaga dan membela.  Yang masih tinggal hanyalah seekor anjing yang sedia menjilat dan gerombolan penjilat-penjilat anjing tersebut yang pun hanya tahu menjilat, nak berbakti, kirim salam ajelah.

Hai nasiblah, nasi dah jadi bubur!!