Ingat Pesanan Majlis Raja-Raja

Wednesday, October 29, 2008

Sekali lagi Datuk Liow Tiong Lai membuat kejutan.

Tidak cukup dengan permintaan jawatan Timbalan Pengerusi BN untuk diisi oleh MCA, kali ini beliau meminta supaya kuota 30% equiti bumiputera dalam pemilikan syarikat senaraian awam dimansuhkan [Read Here].

Saya cuba memahami apakah mesej yang cuba disampaikan oleh Tiong Lai kali ini. Adakah benar apa yang dimaksudkan beliau - untuk memastikan syarikat senaraian awam tempatan terus berdaya saing dalam suasana ekonomi global yang amat getir kini?

Sekiranya benar, apakah beliau bermaksud bahawa penyertaan golongan bumiputera dalam sektor korporat hanya mengakibatkan ekonomi negera semakin tidak kompetitif? Adakah beliau ingin mengatakan hanya kaum bukan bumiputera yang tertentu sahaja yang mampu memangkinkan ekonomi negara menjadi lebih mapan dan kompetitif?

Andainya benar, inilah satu penghinaan yang terbesar ke atas orang-orang Melayu dan seluruh kaum bumiputera Malaysia secara keseluruhannya!

Kenyataan Tiong Lai ini merupakan satu kenyataan dan aspirasi kolonisme bangsa penjajah terhadap kaum peribumi Malaysia.

Dalam erti kata lain, Tiong Lai berkata - kaum bumiputera adalah satu bangsa yang tidak mampu untuk bersaing dalam arus perdana ekonomi negara sendiri, apatah lagi di peringkat global.

Adalah sewajarnya, kaum yang tidak kompetitif ini berundur, dan memberi ruang kepada bangsa yang lebih agung yang lebih mampu bersaing dengan bangsa lain di dunia ini.

Dan jika anda mahu panjangkan di dalam konteks politik negara, maka kenyataan Tiong Lai berbunyi begini - Anda adalah satu kaum yang tidak mampu mentadbir dengan baik. Sekiranya kami yang mentadbir, nescaya Malaysia hari ini adalah lebih baik atau sekurang-kurangnya pada tahap yang sama dengan Singapura.

Keadaan Malaysia yang terkebelakang berbanding negara lain adalah kerana kamu - kaum bumiputera yang malas dan terus hidup atas dasar subsidi dan pemberiaan semata-mata.

Itukah mesej yang ingin disampaikan oleh Datuk Liow Tiong Lai?

Nabil Raja Lawak akan berkata - Lu pikir la sendiri!

0 comments

Post a Comment