Bahaya Politik Ugutan

Tuesday, October 28, 2008

Dalam sessi temuramah oleh Utusan Malaysia yang diterbitkan Ahad lalu, Dr Rais Yatim menyimpulkan keadaan UMNO yang tersangat lemah pada ketika ini menjadi faktor utama kepada pelbagai ugutan dan desakan oleh pelbagai parti komponen BN [Read Here].

Dr Rais menegaskan kelemahan tersebut adalah berpunca daripada kelemahan pimpinan dalaman parti dan seterusnya menjadi punca kepada kemerosotan kekuatan UMNO danBN pasca PRU ke-12 yang lepas. Kegagalan menunaikan janji-janji manifesto PRU ke-11 dan pelbagai isu kronisme dan nepotisme oleh keluarga-menantu DSAB dan kejayaan media pembangkang memainkan isu tersebut memburukkan lagi keadaan.

Walaupun keadaan yang lebih getir pernah berlaku pada 1969, namun kekuatan dan kualiti pimpinan parti pada waktu ketika itu berjaya menyelesaikan masalah tersebut daripada terus menular. Bahkan, Tun Razak yang mnjadi penyelamat pada waktu ketika itu telah berjaya menjadikan UMNO sebagai pusat kekuatan BN yang ditubuhkan pada 1974 untuk menggantikan Parti Perikatan.

Sebaliknya pada hari ini, seolah-olahnya UMNO pula yang bergantung kepada parti komponen untuk terus memerintah. Ini adalah salah faham yang terbesar kerana sebetulnya UMNO dengan kekuatan yang ada, UMNO mampu menubuhkan kerajaan tanpa perlu sokongan daripada parti komponen yang lain. Menurut Dr Rais, UMNO mampu memenangi 65% daripada kerusi yang dipertandingkan. Ini adalah lebih dua pertiga daripada keseluruhan kerusi parlimen.

Justeru, insaflah wahai pemimpin-pemimpin UMNO sekalian. Masa anda untuk bersukaria sudah tamat. Sekarang adalah masa untuk kembali mengembleng tenaga dan usaha kita semua untuk memperkasakan kembali parti keramat ini. Sudah tiada siapa lagi yang tinggal untuk memperjuangkan nasib nusa dan bangsa kalau bukan kita semua.

Suburkanlah nilai-nilai murni dan keikhlasan dalam diri untuk kita jadikan asas perjuangan kita membantu bangsa dan agama kita. Tuan-tuan buangkanlah segala sifat kehinaan dan keabdian kepada kuasa dan kekayaan dan gantikan dengan keikhlasan sebuah perjuangan. Itulah yang terbaik kita.

Blog ini menyeru kepada semua pejuang-pejuang bangsa Melayu dan agama Islam untuk kembali bangkit menyahut perjuangan yang murni seperti yang diterjemahkan oleh nenek moyang kita dahulu.

Ayuh!!

0 comments

Post a Comment