Idris Jala & the Subsidy System

Friday, June 4, 2010

I have been wanting to comment on the subsidy issue since a couple of weeks, but it seems the matter is too complicated to be commented in short.  Both the pros and cons of the implications of abolishing subsidies outweighs each others.  So, I choose to wait and observe - at least for a bit longer.

However, I agreed with some of the opinions - especially on the suggestion that instead of removing the subsidies on the basic needs such as foods items and fuel, the corporate subsidies should be removed first.  This include the gas subsidy to the IPPs and tax break to successful corporates such as AirAsia and the AP system.  These are the profit making companies, and their shareholders enjoyed billions of ringgit on top of the subsidies given to their companies.

Some said the subsidies on basic items such as fuel and food items are irrelevant to the low income rakyat (the poor ones) as they benefited minimally from the subsidies. On the other hand the rich had maximized the gifts. Hence they should be removed.

Try to imagine this... let say Pak A, an office assistance uses a low-capacity motor vehicle - let say a Myvi to travel back and fro to his workplace which is located 10km from his house and requires let say five (5)  liters of petrol every days.  That translated to RM1.79 x 5 liters = RM8.95 of subsidized fuel per day or RM268.50 per month. (Market price for RON 95 petrol is RM3.59 as of 30th May 2010)

On the other hand, his boss the GM of the company - En. Y uses a high-capacity motor vehicle, let say a E280 Mercedes travels the same distance but due to the larger engine size uses let say ten (10) liters of petrol everyday.  That will translated to RM17.90 per day or RM537.00 per month of subsidized fuel (do the calculation yourself - only simple math).


But, hey wait a sec... Pak A is only a clerk and a clerk's got paid let say RM1k per month (i'm being too generous here) and his boss En. Y - the GM, may be paid up to RM15k per month... and please don't forget the petrol allowance, the company car, the company's driver, the corporate credit cards and lots more facilities that the boss could be enjoying.

With all that in mind, is it still logical for the government to subsidized the rich GM more than the poor hardworking clerk?

Let see the figures again shall we... RM268.50 (the POOR) 26.85% of monthly salary vs RM537.00 (the RICH) 3.58% of monthly salary

That is only a small part of how the whole government subsidy regime works. One point that can be summarized here is that, the rich due to their larger spending and consuming capacities, had benefited more from the current subsidies mechanism.  I am very sure that out of RM74 billion subsidies expenses, more than 70% are being enjoyed by the rich!!

And let say if the government decided to do away with the subsidies, the impact will very much likely to be immediately felt by the poor rakyat, not the rich one.  Consider the above scenario - Pak A will have to spend an additional of 27% of his salary to cover the daily petrol cost while his GM, En. Y will only spend 3.6% from his perk (if not from his own pocket).  That is petrol alone, what about other items - foods, education, medical, electricity, etc.  

Hey dato, still remember the bottom 40% of Malaysians' household that earn lower than RM1,440 DS Najib was talking about? So, how can this go align with PM Najib's "Rakyat Diutamakan", sila jawab Dato Idris Jala?  Perhaps you may want to recommend PM Najib to change the slogan to "Rakyat yang Kaya (dan Korporat) diutamakan".  That may suit the move better.

What I'm trying to say - the abolishment of the subsidy system must be handled with care (especially in regards to the low income group).  The move must be executed by phases and gradually as to give the time for the rakyat to prepare for the impacts.  Well that's another area to be discussed - maybe later.

Countdown Begin!

Monday, May 31, 2010

Bahang rombakan kabinet kian terasa.  Cakap-cakap dikalangan umum meramalkan rombakan tersebut bakal berlangsung pada bulan Jun - iaitu seawal esok.  Blogger-blogger pro-UMNO dan kerajaan semakin rancak menimbulkan isu ini.  Malah, ada yang lebih berani dengan terus terang menamakan senarai menteri/timbalan menteri yang wajar digugurkan terus daripada kabinet dinasour Datuk Seri Najib kerana prestasi yang kurang cemerlang atau malap terus - baca di sini dan di sini.

Rombakan kabinet ini sememangnya penting dan harus berlaku. Lima belas bulan selepas mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan, PM Najib seharusnya tahu dan arif - menteri dan portfolio yang kurang menyerlah dan perubahan yang perlukan.  Langkah ini bakal menyegarkan kembali keyakinan dikalangan rakyat tentang keiltizaman DS Najib untuk membawa perubahan kepada Malaysia dan slogan-slogan yang dikendong bersamanya itu bukanlah retorik semata-mata.

Sementelahan lagi, selepas kejayaan polisi ekonomi beliau, ahli UMNO dan rakyat umumnya sepatutnya menaruh lebih keyakinan terhadap pentadbiran Najib dan percaturan yang dilakukan untuk memantapkan lagi proses transformasi Malaysia.

Persoalannya adalah adakah benar perubahan tersebut bakal berlaku?  Dan sekiranya berlaku, adakah sekadar diperingkat Pusat?  Apakah halnya pula dengan prestasi menteri-menteri besar (juga sebenarnya adalah jemaah menteri di peringkat negeri). Adakah mereka yang tidak mencapai piawaian akan terus menerus diberikan mandat daripada PM Najib?

Persoalan-persoalan tersebut hanya mampu dijawab oleh Datuk Seri Najib sendiri.  Sama-sama kita tunggu dan saksikan.   

Countdown: 30 Days

Mesyuarat Agung UMNO Cawangan Banggol

Saturday, May 22, 2010

Pagi semalam (Jumaat) saya menghadiri Mesyuarat Agung UMNO cawangan Banggol - Bahagian Kemaman.  Dan sekali lagi saya kecewa, nama saya masih lagi belum tersenarai dalam senarai nama ahli UMNO yang berdaftar.

Namun, semangat Melayu saya tetap berkobar-kobar seperti biasa.  Sementelahan lagi setelah mendengar ucapan Ketua Cawangan UMNO Banggol, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Cukai,  dan juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Koperasi, Usahawan dan Luar Bandar Negeri Terengganu - Dato' Haji Mohamed bin Haji Awang Tera menyuntik lagi kesedaran dan keinsafan ke dalam diri saya.

Antara lainnya, beliau menyampaikan hasrat pucuk pimpinan parti (Pusat yer...)  terutamanya impian Datuk Seri Mohamad Najib bin Tun Abdul Razak yang mahukan UMNO diperingkat akar umbi melipatkan gandakan usaha untuk menarik lebih ramai lagi keahlian parti keramat ini.  Ramai yang ditagih itu bukanlah sekadar kuantiti, malahan kualiti setiap ahli UMNO juga perlu dipertingkatkan. Ahli berkualiti yang tahu sejarah asal usul perjuangan dan perit getir pejuang zaman awal penubuhan parti.  Yang menyertai parti bukan untuk tujuan lain - melainkan memperjuangkan untung nasib bangsa Melayu ini.

Beliau juga menekankan peri pentingnya UMNO meramaikan ahli-ahlinya dari golongan profesional muda dan berpendidikan tinggi. Golongan ini diharap dapat menangkis serangan sistematik anasir-anasir perkauman dan golongan chauvinist (yang faham tapi buat-buat tidak faham isi kandungan Perlembagaan Persekutuan) yang kebelakangan ini semakin kencang terhadap hak-hak istimewa bangsa Melayu yang termaktub dan dilindung di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Lebih daripada itu, kehadiran cerdik pandai ini juga diharap membawa angin perubahan  terhadap dasar dan  agenda sosio ekonomi bangsa Melayu ini ke satu platform yang lebih efektif dan dan bawa kejayaan yang lebih besar kepada bangsa dan agama di masa hadapan.  Diharap dengan keahlian yang bukan sahaja ramai malahan juga berkualiti - satu sistem check and balance antara pimpinan parti dan ahli akar umbi dapat berfungsi seperti aur dan tebing, saling memerlukan antara satu sama lain.

Beliau mengingatkan bahawa sasaran 10 peratus keahlian baru perlu dicapai oleh semua cawangan, bagi memastikan kemenangan UMNO dalam pilihanraya umum kelak tidak lagi bergantung kepada bangsa-bangsa chauvinist tetapi kekuatan bangsa Melayu dan parti UMNO itu sendiri.  Jadi tidak perlu lagi kita terus tunduk dan berputih mata terhadap tuntutan golongan racist dan chauvinist ini yang ternyata semakin hari semakin melampau - ibarat dihulurkan betis ingin paha pula.

Dato' Mohamed turut mengulas mengenai perkembangan terkini dasar kerajaan Barisan Nasional dibawah pimpinan Dato Seri Mohamad Najib.  Kejayaan Program Transformasi Kerajaan dan Model Ekonomi Baru kini terbukti apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau Gross Domestic Product suku pertama 2010 melonjak ke paras tertinggi sejak Krisis Kewangan Asia 1998.

Namun, dasar 1Malaysia masih lagi belum mendapat kejayaan sepenuhnya apabila didalam dua pilihan raya kecil (Hulu Selangor dan Sibu) trend pengundi Cina masih lagi cenderung malahan semakin condong membangkang dasar kerajaan apabila hanya saki baki 20 peratus yang mengundi BN) - ini adalah komen peribadi saya.

Tidak lupa, sekalong ucapan tahniah kepada Dato' Mohamed yang berjaya memberi nafas baru kepada perjuangan UMNO cawangan Banggol.  Atas daya usaha beliau dan pimpinan UMNO cawangan Banggol yang lain, maka telah tertubuhlah sayap Pemuda dan Puteri UMNO di cawangan ini.  Untuk nota, UMNO cawangan Banggol ini sebelumnya dikenali sebagai cawangan 'makcik dan nenek'.

P/s: Saya teringat kepada seorang kawan yang merungut apabila teman-teman menggelar baju kurung cotton kegemaran beiau sebagai baju kurung nenek. :)

Cina Sudah Terima Terima Konsep Negara Islam

Tuesday, May 18, 2010

That was what Salahuddin Ayub, one of PAS vice president said here.

It is either Salahuddin is dumb or he is too dumb (obviously he is dumber than he should be) to understand what happened in Sibu By Election.  The Chinese in Sibu voted for DAP and not PAS or PKR.  It was a DAP's win in Sibu, not Pakatan.  After two years of dominating the Pakatan controlled states, DAP had managed to convince the Chinese that the party are capable to champion their rights.

The Chinese will never accept Pas' Islamic State concept.  It will be a long way before the Chinese can understand the Islamic State concept, and it will take an even longer time before they agree to adopt the concept.  They do not accept what they identified as the 'Malay supremacy' or Ketuanan Melayu or what we call as Malay/Bumiputera Special Privileges concept, leave alone the religion supremacy concept (although both are enshrined clearly by Article 153 in the Federal constitution..

So, abang-abang PAS, think again before you issue a blunt statement in the future.

Seribu kali sayang - Monica Bay

Friday, May 14, 2010

Saya dan keluarga sempat meluangkan masa petang Jumaat lepas untuk bersantai di pantai Teluk Mak Nik - atau nama glamournya Monica Bay.

Pantai Teluk Mak Nik ini memang cantik. Dataran pantainya terbentang luas bersambung dari muara sungai Kemaman terus terbentang ke selatan dan berakhir di kaki bukit Geliga.  Pasirnya putih bersih,  anginnya nyaman bertiup sepoi-sepoi bahasa dari Laut China Selatan bersama deruan ombak yang menghempas pantai.  Nun jauh di kaki langit, deretan kapal-kapal menunggu giliran untuk berlabuh di pelabuhan Kemaman. Indah sungguh!

Namun, dalam begitu,sedikit benar orang yang tahu (atau mahu?) bersyukur dengan kurniaan Allah ini.  Nah, lihat sahaja gambar-gambar di bawah.  Saya ambil ketika melepak-lepak di sana.

 
Kotor? ini baru sebahagian.

Ini sebahagian lagi.

dan lagi peninggalan pengunjung pantai

Tong sampah dan sampah.

Sedih dan kecewa saya. Memang pengunjung Pantai Teluk Mak Nik sudah berjaya membukikan bahawa mentaliti mereka masih kekal di tahap dunia ketiga. (Begitu jugakah dengan kerajaan yang mentadbir mereka?).  Bukankah kebersihan adalah sebahagian daripada iman? (Terengganu juga adalah darul Iman - adakah satu kebetulan yang disengajakan??)

Saya berharap pihak berkuasa tempatan dan pihak berwajib yang lain (Majlis Perbandaran Kemaman dan Agensi Pelancongan Negeri Terengganu) dapat ambil perhatian tentang perkara ini.  Kalau boleh, saya cadangkan lantiklah satu kontraktor khas yang memantau dan menjaga dan memelihara pantai-pantai di negeri ini.

Bagaimana dengan menganjurkan kempen "Sayangi Monica Bay!" atau "Kami Sayang Mak Nik!" untuk membuka hati dan minda yang mungkin belum lagi tergerak untuk sama-sama menjaga pantai kita ini? Alah tuan YDP, duit minyak yang banyak itu takkan nak buat bangunan-bangunan di kawasan tadahan hujan aje.  Apa kata salurkan sedikit untuk manfaat dan nikmat semua rakyat?

Harap tuan YDP atau Exco Pelancongan negeri dapat diambil tindakan yang sewajarnya.

Owhh YDP, kami bukan sekadar membebel, tapi cuba juga untuk sumbangkan tenaga yang sedikit ini mengikut kemampuan kami.

Kami cakna!!

Sukarelawati yang bertugas...

Ouhh, selipar pun korang buang ke?!

Melentur buluh...

Berjaya!!

Sekian.