Saya dan keluarga sempat meluangkan masa petang Jumaat lepas untuk bersantai di pantai Teluk Mak Nik - atau nama glamournya Monica Bay.
Pantai Teluk Mak Nik ini memang cantik. Dataran pantainya terbentang luas bersambung dari muara sungai Kemaman terus terbentang ke selatan dan berakhir di kaki bukit Geliga. Pasirnya putih bersih, anginnya nyaman bertiup sepoi-sepoi bahasa dari Laut China Selatan bersama deruan ombak yang menghempas pantai. Nun jauh di kaki langit, deretan kapal-kapal menunggu giliran untuk berlabuh di pelabuhan Kemaman. Indah sungguh!
Namun, dalam begitu,sedikit benar orang yang tahu (atau mahu?) bersyukur dengan kurniaan Allah ini. Nah, lihat sahaja gambar-gambar di bawah. Saya ambil ketika melepak-lepak di sana.
Kotor? ini baru sebahagian.
Ini sebahagian lagi.
dan lagi peninggalan pengunjung pantai
Tong sampah dan sampah.
Sedih dan kecewa saya. Memang pengunjung Pantai Teluk Mak Nik sudah berjaya membukikan bahawa mentaliti mereka masih kekal di tahap dunia ketiga. (Begitu jugakah dengan kerajaan yang mentadbir mereka?). Bukankah kebersihan adalah sebahagian daripada iman? (Terengganu juga adalah darul Iman - adakah satu kebetulan yang disengajakan??)
Saya berharap pihak berkuasa tempatan dan pihak berwajib yang lain (Majlis Perbandaran Kemaman dan Agensi Pelancongan Negeri Terengganu) dapat ambil perhatian tentang perkara ini. Kalau boleh, saya cadangkan lantiklah satu kontraktor khas yang memantau dan menjaga dan memelihara pantai-pantai di negeri ini.
Bagaimana dengan menganjurkan kempen "Sayangi Monica Bay!" atau "Kami Sayang Mak Nik!" untuk membuka hati dan minda yang mungkin belum lagi tergerak untuk sama-sama menjaga pantai kita ini? Alah tuan YDP, duit minyak yang banyak itu takkan nak buat bangunan-bangunan di kawasan tadahan hujan aje. Apa kata salurkan sedikit untuk manfaat dan nikmat semua rakyat?
Harap tuan YDP atau Exco Pelancongan negeri dapat diambil tindakan yang sewajarnya.
10 comments
stuju stuju! ada pantai tapi tak nak jaga.
May 14, 2010 at 6:00 PMbodohnye lah org yg buang sampah merata-rata nih. potong tangan baru tahu. dari kecik mak bapak bukan tak ajar jgn buang sampah merata. tp degil mengalahkan piglet.
kotornye
May 14, 2010 at 7:10 PMnak kata tak sampai hati... tp bila tengok muka-muka yg membuang tanpa segan silu dan dgn slambenyer tuh memang layak dikutuk sehabis-habisnya.
May 15, 2010 at 12:24 AMsaya memang kureng sket dgn pengotor dan org yg smart/bergaya tp sifat dan perangai sebaliknyer.
p/s: jumpa dah mereka2 nih kat sana... mmg ramai - hampir semua begitu!!
good job!
May 15, 2010 at 1:32 PMCaiyolah tuan. :)
May 16, 2010 at 12:37 PMPembuang sampah tu lupa yg mereka akan disoal kat akhirat kelak (opps lupa, mereka bukan cakna pun pasal akhirat, takdok iman pun dlm hati tu moknye...)
May 17, 2010 at 10:45 AMTahniah kepada squad bangau dan Upin/Ipin kerana berjaya mendapatkan pahala free dgn membersihkan sampah2 tu (ramai lagi org kemaman hok low mentality la, dok tahu la nok buat guana...)
ps Hensemnya Irham!!!
a.iju buatla sokmo gini, kot2 lama kekgi org suke dgn kebersihan dan x buang dh sampah. who knows kan..lagipon tu sedekah jugak.
May 18, 2010 at 4:19 PMhuh, mmg kotor sokmo teluk mok nik.. sayang jer.. buang sampah merata. kalu buang depan mata, mmg perli terus jer.. sbb derang tgk ada sampah doh atas pasir, jd apalah salahnya tambah sampah derang pulok. mmg kureng.. org malaysia ni mmg kurang kesedaran sivic. sungguh memalukan dan menyampahkan.. hahaha..
June 1, 2010 at 2:51 PM-ida-
bakpe 1st gamba tu ya nampak gempal? :D
June 4, 2010 at 11:16 PMhoi hoi. tu ilusi optik je. sbnrnya adalah ramping. ahaha :p
June 20, 2010 at 12:27 PMPost a Comment