Bahang rombakan kabinet kian terasa. Cakap-cakap dikalangan umum meramalkan rombakan tersebut bakal berlangsung pada bulan Jun - iaitu seawal esok. Blogger-blogger pro-UMNO dan kerajaan semakin rancak menimbulkan isu ini. Malah, ada yang lebih berani dengan terus terang menamakan senarai menteri/timbalan menteri yang wajar digugurkan terus daripada kabinet dinasour Datuk Seri Najib kerana prestasi yang kurang cemerlang atau malap terus - baca di sini dan di sini.
Rombakan kabinet ini sememangnya penting dan harus berlaku. Lima belas bulan selepas mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan, PM Najib seharusnya tahu dan arif - menteri dan portfolio yang kurang menyerlah dan perubahan yang perlukan. Langkah ini bakal menyegarkan kembali keyakinan dikalangan rakyat tentang keiltizaman DS Najib untuk membawa perubahan kepada Malaysia dan slogan-slogan yang dikendong bersamanya itu bukanlah retorik semata-mata.
Sementelahan lagi, selepas kejayaan polisi ekonomi beliau, ahli UMNO dan rakyat umumnya sepatutnya menaruh lebih keyakinan terhadap pentadbiran Najib dan percaturan yang dilakukan untuk memantapkan lagi proses transformasi Malaysia.
Persoalannya adalah adakah benar perubahan tersebut bakal berlaku? Dan sekiranya berlaku, adakah sekadar diperingkat Pusat? Apakah halnya pula dengan prestasi menteri-menteri besar (juga sebenarnya adalah jemaah menteri di peringkat negeri). Adakah mereka yang tidak mencapai piawaian akan terus menerus diberikan mandat daripada PM Najib?
Persoalan-persoalan tersebut hanya mampu dijawab oleh Datuk Seri Najib sendiri. Sama-sama kita tunggu dan saksikan.
Countdown: 30 Days
Comeback
10 years ago
5 comments
rombakan? apakah? huhuu..
May 31, 2010 at 10:07 AMcountdown x tahan :(
syima: hahaha... jgn mengharap sgt... walopun dalam hati kecil ini nak sgt2!
May 31, 2010 at 10:31 AMsekadar mampu berdoa... amin!
apakah yg abg kandung harapkan? haha. for the best, of course :D
May 31, 2010 at 3:29 PMFrustrated with the new cabinet reshuffle. Not much changes... same old faces...
June 2, 2010 at 11:16 AMDoctor: Takpe baru first round... let give najib some more time... kalo betul2 dia nak menang PRU 13, he must show more courage to displace unwanted/under-performed ministers from his cabinet both at federal and state level.
June 2, 2010 at 3:27 PMcount down continues... lets pray!
Post a Comment