Mesyuarat Agung UMNO Cawangan Banggol

Saturday, May 22, 2010

Pagi semalam (Jumaat) saya menghadiri Mesyuarat Agung UMNO cawangan Banggol - Bahagian Kemaman.  Dan sekali lagi saya kecewa, nama saya masih lagi belum tersenarai dalam senarai nama ahli UMNO yang berdaftar.

Namun, semangat Melayu saya tetap berkobar-kobar seperti biasa.  Sementelahan lagi setelah mendengar ucapan Ketua Cawangan UMNO Banggol, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Cukai,  dan juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Koperasi, Usahawan dan Luar Bandar Negeri Terengganu - Dato' Haji Mohamed bin Haji Awang Tera menyuntik lagi kesedaran dan keinsafan ke dalam diri saya.

Antara lainnya, beliau menyampaikan hasrat pucuk pimpinan parti (Pusat yer...)  terutamanya impian Datuk Seri Mohamad Najib bin Tun Abdul Razak yang mahukan UMNO diperingkat akar umbi melipatkan gandakan usaha untuk menarik lebih ramai lagi keahlian parti keramat ini.  Ramai yang ditagih itu bukanlah sekadar kuantiti, malahan kualiti setiap ahli UMNO juga perlu dipertingkatkan. Ahli berkualiti yang tahu sejarah asal usul perjuangan dan perit getir pejuang zaman awal penubuhan parti.  Yang menyertai parti bukan untuk tujuan lain - melainkan memperjuangkan untung nasib bangsa Melayu ini.

Beliau juga menekankan peri pentingnya UMNO meramaikan ahli-ahlinya dari golongan profesional muda dan berpendidikan tinggi. Golongan ini diharap dapat menangkis serangan sistematik anasir-anasir perkauman dan golongan chauvinist (yang faham tapi buat-buat tidak faham isi kandungan Perlembagaan Persekutuan) yang kebelakangan ini semakin kencang terhadap hak-hak istimewa bangsa Melayu yang termaktub dan dilindung di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Lebih daripada itu, kehadiran cerdik pandai ini juga diharap membawa angin perubahan  terhadap dasar dan  agenda sosio ekonomi bangsa Melayu ini ke satu platform yang lebih efektif dan dan bawa kejayaan yang lebih besar kepada bangsa dan agama di masa hadapan.  Diharap dengan keahlian yang bukan sahaja ramai malahan juga berkualiti - satu sistem check and balance antara pimpinan parti dan ahli akar umbi dapat berfungsi seperti aur dan tebing, saling memerlukan antara satu sama lain.

Beliau mengingatkan bahawa sasaran 10 peratus keahlian baru perlu dicapai oleh semua cawangan, bagi memastikan kemenangan UMNO dalam pilihanraya umum kelak tidak lagi bergantung kepada bangsa-bangsa chauvinist tetapi kekuatan bangsa Melayu dan parti UMNO itu sendiri.  Jadi tidak perlu lagi kita terus tunduk dan berputih mata terhadap tuntutan golongan racist dan chauvinist ini yang ternyata semakin hari semakin melampau - ibarat dihulurkan betis ingin paha pula.

Dato' Mohamed turut mengulas mengenai perkembangan terkini dasar kerajaan Barisan Nasional dibawah pimpinan Dato Seri Mohamad Najib.  Kejayaan Program Transformasi Kerajaan dan Model Ekonomi Baru kini terbukti apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau Gross Domestic Product suku pertama 2010 melonjak ke paras tertinggi sejak Krisis Kewangan Asia 1998.

Namun, dasar 1Malaysia masih lagi belum mendapat kejayaan sepenuhnya apabila didalam dua pilihan raya kecil (Hulu Selangor dan Sibu) trend pengundi Cina masih lagi cenderung malahan semakin condong membangkang dasar kerajaan apabila hanya saki baki 20 peratus yang mengundi BN) - ini adalah komen peribadi saya.

Tidak lupa, sekalong ucapan tahniah kepada Dato' Mohamed yang berjaya memberi nafas baru kepada perjuangan UMNO cawangan Banggol.  Atas daya usaha beliau dan pimpinan UMNO cawangan Banggol yang lain, maka telah tertubuhlah sayap Pemuda dan Puteri UMNO di cawangan ini.  Untuk nota, UMNO cawangan Banggol ini sebelumnya dikenali sebagai cawangan 'makcik dan nenek'.

P/s: Saya teringat kepada seorang kawan yang merungut apabila teman-teman menggelar baju kurung cotton kegemaran beiau sebagai baju kurung nenek. :)

2 comments

Hayatul Mohamed said...

hahaha, baju kurung nenek? no lah. lawo ape, adik pon suke pakai tp susah sebab kena iron dulu.

ouh, all the best a.iju, adik doakan yg terbaik untuk a.iju..kalau a.iju betul2 berminat nak menceburi bidang politik, harap a.iju boleh jadi ahli yang berkualiti, yg mementingkan pembangunan dan jugak akhirat.

bila adik fikir-fikir, adik rasa kecewa dengan ramai ahli politik sekarang sebab walaupon pandai merancang ke arah pembangunan negara, tapi tidak terlalu menitikberatkan hukum agama. orang macam ni la yang mencemarkan politik sampai ada orang fikir yang politik ni kotor padahal tak pon kalau betul2 pandai balance dunia akhirat(adik rasa). contohnya isu lesen pertaruhan tu. dah memang salah, tak boleh tapi nak buat jugak.. sebab hal tu kekgi semua orang lari dari parti bn padahal ramai je penyokong bn yg tidak menyokong perbuatan ni. serba salah bila fikir2.

ape pendapat a.iju? anyway, this is only what i think. no offend keh a.iju,hehe.

May 22, 2010 at 11:29 PM

Adik,

Politik nih memang sesuatu yang rumit. Kalau kita orang biasa ni say what we mean and mean what we say, tp orang politik ni tidak... due to one reason or another, selalu benar mereka nih tidak selalunya straight forward.

Bukan aiju nak kata bagi lesen judi tuh betul atau nak membenarkan tindakan orang2 tertentu yang menghalalkan lesen judi tersebut, malahan aiju juga sgt tdak setuju dengan tindakan demikian, tp itulah realiti.

Aiju masa kat U dulu pun pernah tak setuju mcm adik tentang dasar2 kerajaan - tp dik as you grow up, you will know the world is not that straight forward - akan tiba masanya adik akan kena buat benda yg adik tak suka untuk mencapai matlamat yang lebih besar.

Sounds weird? well wait until you grow up... then you will now how hard to manage a country. There are different between how man with and without responsibility behave and think. Read this useful article... http://jebatmustdie.files.wordpress.com/2009/06/13-may-1969-analysis-by-jmd.pdf

May 23, 2010 at 9:22 AM

Post a Comment