4 EXCO Terengganu Bakal Gugur?

Monday, November 3, 2008

Semalam satu mesyuarat khas Badan Perhubungan UMNO Negeri telah diadakan untuk membincangkan tindakan yang bakal diambil ke atas empat orang EXCO kerajaan negeri kerana membelakangi arahan Ketua Perhubungan UMNO negri yang juga Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said untuk tidak bertanding dalam pemilihan UMNO Bahagian baru-baru ini.

Nasib empat orang EXCO tersebut, Yahya Khatib Mohamad(Pengkalan Berangan), Hj Ashaari Idris(Langkap), Khazan Che Mat(Batu Rakit) dan Dato' Mohamed Awang Tera (Chukai) adalah nama-nama yang disebut-sebut sebagai bakal digugurkan dari barisan ahli EXCO kerajaan negeri.

Walaupun setelah dinasihatkan oleh DSAB sendiri untuk berpendiriaan lebih demokratik dan tidak menghalang proses demokrasi dalam UMNO negeri, Dato' Ahmad Said tetap dengan pendiriaannya untuk menyingkirkan musuh-musuh dari kem utara.

Episod ini masih belum berakhir. Rentetan daripada siri pemecatan empat EXCO ini akan berlaku gelombang kedua dimana dikhabarkan ahli-ahli UMNO Marang akan meletak jawatan beramai-ramai sebagai tanda protes pemecatan Ketua Bahagian mereka yang baru sebagai ahli EXCO negeri.

Adakah ini akan benar-benar berlaku? Kita tunggu dan lihat.

0 comments

Post a Comment