PR v BN - sama sahaja...

Monday, September 29, 2008

PR baru-baru ini dikejutkan dengan beberapa insiden salah laku dikalangan pendokongnya. Sebelum ini, dua exco PR dan beberapa yang lain dikaitkan dengan 16 tuduhan rasuah melibatkan pelbagai kes.

Namun perkara tersebut dinafikan oleh Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali dengan alasan bahawa semua itu adalah perangkap politik BN untuk merampas kembali kuasa di Perak.

But as the saying said, what goes around comes around. Despite all denial made by Perak PR, akhirnya Zul Hassan sendiri yang membuka pekung di dada dan mendedahkan salah laku tersebut.

Sekarang kita sendiri pun boleh menilai, baik parti mana pun yang menjadi taruhan kita, seandainya para pendokongnya adalah haprak, maka haprak jugaklah jadinya perjuangan parti tersebut.

Baik UMNO, PAS atau PKR yang paling penting ialah keluhuran dan kualiti insan yang memperjuangkan agenda parti tersebut. Tidak timbul lagi UMNO adalah parti materialistik dan loncatan kepada kekayaan duniawi, dan PAS pula ialah jalan menuju ke syurgawi dan PKR adalah wadah untuk menegakkan keadilan di negara ini.

Seandainya baik niat meraka, maka murnilah perjuangan sesebuah parti itu. Seandainya buruk nawaitu mereka, maka terpesong jua perjuangan parti akhirnya. Yang terlebih penting ialah biarlah niat perjuangan itu disandarkan atas nama agama, nusa dan bangsa dan bukannya untuk mengejar darjat dan pangkat.

Sekarang, tepuk dada tanyalah iman anda... perjuangan mana yang perlu anda dokong!

0 comments

Post a Comment