A better future?

Tuesday, April 27, 2010

Perasaan saya sungguh menggembira membaca kenyataan akhbar Tan Sri Zeti Akhtar - si Gabenor Bank Negara pagi tadi di sini. Menurut beliau, pengukuhan nilai semasa ringgit mencerminkan pemulihan dan aliran positif ekonomi negara.  Nilai ringgit didagangkan pada MYR 3.1816/USD, peningkatan sebanyak 7.8% sejak awal tahun.

Matawang adalah salah satu pengukur daya saing ekonomi sesebuah negara.  Apabila kita lihat, nilai matawang meningkat, secara umumnya dapat kita simpulkan bahawa ekonomi negara sedang mengalami aliran positif - pengukuhan pasaran - begitu juga sebaliknya.

Itulah yang terjadi pada 1997 ketika Krisis Kewangan Asia - di mana matawang ringgit (dan matawang asia yang lain) diserang hingga nilainya jatuh merudum - yang menyebabkan para peminjam muflis terus dan sekaligus meranapkan ekonomi negara. Itu semuanya sejarah, kalau berminat sila baca di sini.

Sekarang, segalanya semakin pulih. Bila ekonomi sudah semakin pulih, maka banyaklah peluang-peluang yang terhampar.  Cuma terpulang kepada anda (dan juga saya) untuk mengambil peluang itu.  Cuma perlukan sedikit kreativiti dan juga keberanian untuk bertindak - itulah USAHAwan - kan 'usaha' itu adalah kata akarnya.

Sekarang ialah masanya, jadi gunakan peluang ini sebaik-baiknya untuk kebaikan anda.

Selamat berjuang - sedikit masa lagi.

0 comments

Post a Comment