Ada satu syarikat insurance yang sungguh tak guna di Malaysia ini. Kenal logo di bawah? Ya, inilah syarikat insurance yang tak guna tu. Kenapa ia tak guna? Kerana ia langsung tidak menghiraukan hak-hak pelanggannya. Sila baca cerita di bawah - ianya kisah benar.
Pengalaman ini berlaku sendiri pada diri saya sendiri. Semuanya bermula daripada satu kemalangan kecil yang berlaku Ogos tahun lalu. Kereta Toyota Altis kesayangan saya dilanggar oleh sebuah motorsikal yang ditunggang oleh dua orag remaja rempit (pun yang tak guna).
Dah tahu kan kalau nak memotong, gunakanlah laluan sebelah kanan! Barulah pemandu kereta nampak kau tuh. Lagi pun, kan si pemandu dah bagi isyarat. Kau tak nampak ker? Atau kau memang nak kena lanyak?
Akibatnya, kedua-dua remaja itu terjatuh dan motorsikal mereka pula terperosok ke bawah kereta. Habis jahanam kereta aku tu.
Budak-budak berdua itu luka di badan dan tangan. Mujurlah tiada yang serius. Seorang pakcik menawar diri untuk membawa mereka ke hospital manakala isteri saya terus ke balai polis untuk membuat laporan polis. Di pendekkan cerita, kedua-dua budak tersebut tak mahu panjang kes, mahu settle begitu sahaja - status quo orang putih kata.
Apa kes adik nih, bukan kau ke yang hentam kereta aku? Patut akulah yang decide nak settle camner kan?!! Sebab saya tengok kereta saya kemek sedikit jer berbanding motorsikal budak tuh yang dah separuh remuk, maka saya pun setuju. Nah, inilah salah abang ni.
Ingatkan kisah ini habis kat situ saja, rupanya tidak. Nak jadi cerita, budak rempit yang tak guna tuh bukanlah tuan empunya motor. Dia hanya meminjam sahaja, bukan orang tempatan pun, budak Felda Lepar. Patut senang sangat nak mintak settle. Nak lari rupanya. Jadi tanpa pengetahuan saya tuan empunya motor telah buat third party claim ke atas insurans kereta saya tu.
Yang ralatnya, Etiqa telah meluluskan claim tersebut tanpa merujuk kepada saya terlebih dahulu. Itupun saya tahu apabila nak renew insurans Altis. Terkejut badak saya bila dimaklumkan bahawa NCD saya ialah 0% kerana ada third party claim - pada 6 Ogos 2009!! Mak aii Etiqa, dah dekat setahun pun third party claim tuh, pun kau takde hati nak maklumkan aku!!
Macam mana nih? Saya rasa sesuatu yang tak kena dengan SOP tuntutan ganti rugi third party Etiqa nih. Yelah, kita yang bayar premium insurans. Takkanlah, bila ada tuntutann kau terus bayar jer. Tak rujuk dulu pada aku?!
Memang Etiqa nih tak guna. Saya syak dia nak elak saya buat claim untuk baiki kerosakan Altis saya. Tapi bila ditanya, macam-macam helah dan jawapan. Peraturan bank negara lah, kalau masuk mahkamah tetap akan diarah bayar lah, dan berjenis-jenis lagi jawapan. Geram betul aku ni!
Nasi dah jadi bubur. NCD saya dah pun kena reset. Jadi, saya berkeras untuk claim kerosakan Altis saya itu dengan Etiqa jugak. Itu hampir dua minggu lepas. Tapi sampai sekarang, tiada khabar berita. Pegawai Etiqa yang saya hubungi asyik mengelak. Bayangkan kalau dah 20 kali sehari telefon, asyik tiada di meja, apa kes kan?!!
Huh, don't expect me to believe, ever!!
Kesimpulan,
JANGAN AMBIL INSURANCE DENGAN ETIQA LAGI.
Bagi saya syarikat insurans sepatutnya meletakkan pelanggan dihadapan. Kepentingan pelanggan harus diutamakan. Memang itupun tujuan asal kita ambil perlindungan insurans diri dan harta benda. Untuk melindungi kita daripada kemalangan dan petaka. Tapi selepas pengalaman ini, apa yang pasti, Etiqa tiada semua itu. Saya dah menjadi pengguna yang teraniya dan tidak terbela.
Sekarang, sebagai tanda protes, saya akan batalkan semua polisi insurans keluarga saya dengan Etiqa dan akan bertukar kepada syarikat insurans yang lebih baik. Insurans yang meletakkan kepentingan pelanggan dihadapan.
CUSTOMER FIRST!!